Apakah Akta 355? 

Akta 355 merupakan akta berkaitan 

bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

Seksyen 2 di bawah Akta 355 menjelaskan 

batas bidang kuasa mahkamah syariah

di mana hukuman maksimum yang boleh

dikenakan adalah  penjara 3 tahun atau

denda RM5000 atau 6 kali sebatan

atau apa-apa gabungan

hukuman tersebut.

Apakah cadangan pindaan RUU355?

Parti politik PAS mencadangkan untuk

meminda Akta 355 bagi meningkatkan

hukuman yang dikenakan oleh

mahkamah syariah, kecuali hukuman mati. 

Jumlah hukuman yang dikenakan akan 

ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

Apakah impak 

pindaan ini, jika 

ia diluluskan?

Ia akan memberi kuasa yang

lebih luas kepada mahkamah

syariah untuk mengenakan

hukuman kepada pesalah jenayah 

syariah tanpa batasan, kecuali

hukuman mati. 

Hukuman yang dikenakan oleh

mahkamah syariah selamanya

tidak akan selaras kerana ia

tertakluk mengikut negeri.

Kelemahan pelaksanaan hukuman 

akan memberi nama yang buruk 

kepada mahkamah syariah dan

agama Islam. 

Benarkah pindaan ini akan 

memartabatkan status

mahkamah syariah di Malaysia?

Tidak benar, kerana pindaan ini 

hanya tertumpu kepada aspek 

hukuman, tanpa menyelesaikan 

masalah sistemik di mahkamah 

syariah, contohnya pelaksanaan 

Undang-undang Keluarga Islam 

yang masih bermasalah.  

Bolehkah orang Islam 

membantah RUU355?

Rakyat Malaysia tanpa mengira latar 

belakang agama berhak menyuarakan

bantahan kerana RUU355 adalah 

pindaan kepada prosedur yang

akan memberi kesan kepada

kepentingan awam.

Menyelaraskan sistem

undang-undang keluarga 

Islam di antara negeri-negeri 

di Malaysia supaya sama.

 

Memudahkan proses tuntutan 

na�kah bagi ibu-ibu tunggal 

supaya lebih e�isien. 

Mempercepatkan proses 

perceraian, hak penjagaan 

anak dan lain-lain supaya 

tidak berlanjutan sehingga 

bertahun-tahun. 

Memastikan setiap daerah di 

Malaysia mempunyai hakim 

syarie yang mencukupi dan 

adil gender. 

Cara-cara

lain untuk

memperkasakan

mahkamah syariah: